Wednesday, June 15, 2011

Dunia Kifayah & Imam Muda

Dunia Kifayah Amat Berbesar Hati Kerana Telah Dijemput Untuk Memberikan Penerangan Berkenaan Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Keluaran Kami, Kepada 10 Peserta Program Imam Muda Di Masjid Wilayah Persekutuan Baru-Baru Ini.. Semoga Sessi Penerangan Tersebut Dapat Memberikan Manfaat Kepada Mereka.. Selamat Menuntut Ilmu Kepada Kesemua Imam-Imam Muda, Dan Semoga Dapat Menyumbang Sesuatu Kepada Masyarakat Apabila Tamat Pengajian Nanti.. Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Krew Produksi Program Imam Muda Serta Kepada Kesemua Peserta Imam Muda, Di Atas Layanan Dan Kerjasama Yang Cukup Baik..

Thursday, November 11, 2010

Program "IKHLAS KIFAYAH"


Salam.. Dunia Kifayah Dengan Penuh Rasa Syukur Dan Rendah Diri Memperkenalkan Sebuah Program "IKHLAS KIFAYAH" Dengan Kerjasama Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru UDA. Penderma Atau Penyumbang Yang Ingin Membuat Sumbangan Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Kifayah Kepada Masjid-Masjid, Surau-Surau Atau Badan-Badan Khairat Adalah Dialu-Alukan. Sumbangan Yang Dihulurkan, Adalah Layak Mendapat Pengecualian Cukai Di Bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sebarang Pertanyaan Berkenaan Dengan Program Ini, Bolehlah Berurusan Dengan Jasri Jamil 013-7204050 Ataupun Rais Ja'afar 019-7723997. Pertanyaan Boleh Juga Diajukan Kepada Email jasrijamil@kifayah.com.my. Semoga Program Ini Mendapat Sambutan Baik Daripada Masyarakat. Terima Kasih.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..


Dunia Kifayah Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Kepada Ahli Keluarga, Sahabat Handai, Rakan-Rakan Pengedar Dan Muslimin Muslimat Sekalian. Semoga Ramadhan Yang Berakhir Akan Sentiasa Dirindui, Dan Semoga Syawal Yang Disambut Nanti, Akan Disambut Dengan Penuh Kesederhanaan Dan Penuh Keinsafan, Ingatlah..Tidak Semua Insan Bernasib Baik Seperti Kita, Dapat Berhari Raya Dalam Keadaaan Aman Dan Sejahtera.. Dalam Bergembira, Beringatlah Kepada Yang Kurang Bernasib Baik.. Kepada Yang Memandu, Cermat Dan Berhati-Hatilah.. Tiada Peluang Kedua Sekiranya Lalai Dan Leka Ketika Memandu Pulang Ke Kampung Halaman..

Monday, August 30, 2010

Merdeka!!! Semakin Hari Ianya Semakin Genting Dan Terancam.. Sedarkah Kita??



Salam Kemerdekaan Kepada Semua Rakyat Malaysia, Tidak Kira Agama, Bangsa Dan Warna Kulit.. Bersatulah Dan Berpadulah.. Hiduplah Kalian Di Atas Sifat Penuh Toleransi Dan Bertimbang Rasa.. Sudah 53 Tahun Kita Merdeka.. Banyak Nyawa Dan Keringat Yang Dikorbankan Oleh Pejuang-Pejuang Kemerdekaan.. Insaflah Dan Sedarlah Bahawa, Proses Membina Negara Bukanlah Mudah, Sebaliknya Menjahanamkannya Hanya Memerlukan Sedetik Atau Suatu Tindakan Yang Bodoh Dan Tidak Berakal.. Ayuhlah Bangsa Malaysia. Masa Depan Negara Semakin Terancam Dan Perlu Dipimpin Semula Ke Arah Dan Landasan Yang Betul... MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!.. Semoga Selamanya Bumi Bertuah Ini Akan Terus Kekal Merdeka!!

Monday, August 9, 2010



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Kepada Rakan Pengedar, Sahabat Handai Dan Muslimin Muslimat Sekalian. Semoga Mendapat Keberkatan Ramadhan Dan Dipertemukan Dengan Aidilfitri Insha Allah..

Wednesday, August 4, 2010

Penyedia Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Islam

Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Kifayah.

Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Kifayah ini mengandungi 21 item asas yang boleh digunakan untuk menguruskan jenazah lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Kit ini turut dilengkapi dengan Panduan Pengurusan Jenazah yang dapat dijadikan panduan ketika menguruskan jenazah seseorang Islam. Dengan adanya Kit ini di pasaran, ianya bukan sahaja menyahut seruan Fardu Kifayah, malah dapat meringankan beban seorang pengurus jenazah, dan membantu mempercepatkan proses pengurusan jenazah yang sangat dituntut di dalam Islam.    

Item-item yang terdapat di dalam Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Kifayah ini adalah seperti berikut,  

1)  3 Helai Kain Kafan  ( Lerang 60 Inci , 2.5 Meter )
2)  Sehelai Kain Kemban
3)  Sehelai Serban / Tudung
4)  Sehelai Gamis / Baju
5)  6 Set Kain Murung
6)  4 Helai Sarung Bantal / Sarung Tangan Kain
7)  5 Helai Tali
8)  2 Gulung Kapas
9)  Air Mawar
10) Akar Sintok
11) 15 Batang Putik Kapas
12) Celak
13) Kapur Barus
14) Minyak Attar
15) Sabun
16) Serbuk Cendana / Pacai
17) Apron Plastik
18) Plastik Sampah
19) 2 Set Sarung Tangan Getah
20) Topeng Muka
21) Panduan Pengurusan Jenazah


Semoga kehadiran Kit Lengkap Pengurusan Jenazah Kifayah ini dapat membantu dan menyumbang kepada proses pengurusan jenazah Islam yang lebih teratur, sistematik serta sempurna, Insha Allah.